Fahry membuka pintu
apartment dan terkejut apabila mendapati lampu di ruang depan masih lagi
terpasang. Di ruang tamu, dilihatnya Dhiya sedang khusyuk menonton televisyen
yang sedang menyiarkan filem Harry Potter.
‘Umur dah 29 tahun pun masih layan
lagi cerita-cerita macam ni,’ cebik
Fahry sambil mencampakkan kunci kereta Toyota Caldina miliknya di atas kabinet
kecil yang berdekatan dengan pintu masuk. Bunyi kunci jatuh menyebabkan Dhiya
terkejut dan menoleh ke arah Fahry. Apabila dilihatnya Fahry yang berdiri di
situ, Dhiya lantas berpusing dan menonton tv semula.
Fahry mengeluh kecil lalu bergerak
ke ruang tamu dan melabuhkan duduknya bersebelahan dengan Dhiya. Dia mengerling
ke sebelah mencari raut wajah sedih atau mata yang membengkak di wajah Dhiya,
namun hampa. Wajah itu tenang dan sama seperti biasa seolah-olah tidak
mempunyai sebarang permasalahan hidup. ‘Tidak terkesankah dia dengan tindakan
aku mengoyak foto dan membaca diari dia siang tadi?’
‘Harry Potter lagi? Takde cerita lain ke nak tengok?,’ soal Fahry sinis namun Dhiya sekadar diam seribu
bahasa.
‘Ni cerita yang nombor berapa ni?,’
Dhiya tetap diam.
‘Hello?? Berapa kali
kau nak tengok cerita Harry Potter ni?’
Fahry memetik jarinya berkali-kali di wajah Dhiya namun tiada reaksi. Hanya
mata Dhiya sahaja mengerdip beberapa kali namun mulut comel itu tetap terkunci
rapat.
‘Bak sini remote tu, aku nak tukar tengok channel
lain pulak..habis prinsip aku tengok cerita macam ni,’ ujar Fahry sambil mengambil remote yang terletak di atas coffee
table di hadapan mereka.
‘Janganlah! Saya nak
tengok cerita ni,’ tegah Dhiya sambil
cuba merebut remote yang kini sudah
pun berada di tangan Fahry. Fahry tersenyum kerana tindakannya itu membuatkan
Dhiya membuka mulut dan bercakap dengannya.
‘Dah break the ice,’ cetus Fahry sambil
mengangkat tinggi remote control
tersebut jauh dari gapaian Dhiya.
‘Fine! Do whatever things that suits you..habis prinsip konon..mamat
dingin beku macam kau aje yang ada
prinsip poyo macam tu,’ ngomel Dhiya
perlahan namun masih dapat didengari oleh Fahry.
Terbeliak biji mata
Fahry mendengar ngomelan Dhiya itu. ‘Apa dia? Mamat dingin beku? Prinsip
poyo??,’
Dhiya yang tidak
menyangka Fahry mendengar ngomelannya sekadar diam menikus. ‘Mamat Dingin Beku’
itu bukannya boleh dibawa bergurau, cakap lebih-lebih karang mulalah dia naik
angin tak tentu pasal.
Malas memanjangkan
cerita, Dhiya terus menukar topik perbualan. ‘Awak tidur sini ke malam ni?’
‘Yup..malam ni, esok, lusa dan hari-hari berikutnya
sampailah nenek balik semula ke kampung,’ ujar Fahry sambil ‘channel surfing’.
‘Oh..patutlah selori
baju awak angkut datang sini,’ sambung Dhiya lagi apabila melihat yang mood Fahry nampak okey. Buat tak kisah
saja bila dia mengutuk Fahry tadi.
Terangkat kening Fahry
tatkala terdengar perkataan selori yang digunakan oleh Dhiya. ‘Kau jangan nak exaggerate pulak ye..3 beg je aku
bawak datang sini..itu pun sebab aku takde
tinggal baju kat sini dan nenek pun tak tahu nak duduk sini sampai bila,’
panjang lebar penjelasan Fahry manakala Dhiya sekadar mengangkat bahu.
‘Saya tak suruh awak explain pun..nak cover line la tu,’ ujar Dhiya sambil tersenyum sinis.
‘Suka hati aku lah.
Ada menyusahkan kau ke?,’
‘Memang menyusahkan
pun! Baju-baju dalam beg awak tu
semua awak main campak aje kan? Nak
simpan dan lipat baju-baju awak tu
pun dah amik masa 2 jam tahu! Sampai naik lenguh dah tangan saya ni ha!,’ bebel Dhiya sambil
memicit-micit pergelangan tangannya.
‘Jangan banyak bunyi boleh tak? Rimas aku dengan
perempuan banyak bunyi ni..,’ jelingan tajam dilemparkan ke
arah Dhiya.
‘Rimas konon..aku
sejuta kali lagi rimas dengan kau tahu tak!’ cebik Dhiya sambil menjeling.
‘Hah! Tu cebik-cebik pastu jeling-jeling tu, mengumpat aku dalam hati la kan?,’serkap Fahry.
‘Tepat pun serkapan
awak tu…baiklah, lepas ni saya tak bunyi lagi ye, saya switch diri saya ni jadi
poyo dan dingin beku macam awak, okey?,’ sindir Dhiya sambil bangun dari sofa.
Belum sempat dia bergerak, Fahry terlebih dahulu merentap tangannya dan menarik
dia jatuh ke sofa semula.
‘Apa ni? Sakitlah,’ ujar Dhiya sambil
menggosok pergelangan tangan dan membetulkan duduknya di sofa.
‘Aku pulak switch diri aku jadi cool and
caring macam Ken..itu yang kau suka kan?,’ perlahan saja suara Fahry namun
keras nada yang digunakan.
Dhiya melepaskan satu
keluhan kecil. Ken lagi. Tak habis-habis pasal Ken. ‘Apa lagi yang tak kena ni? Kenapa isu Ken ni dibangkitkan semula?,’soal Dhiya rimas.
Pantas Fahry
menggeleng-gelengkan kepalanya, ‘Dibangkitkan semula? When we ever talk about this thing huh? When? As far as I’m concerned,
I’ve only knew about that bloke from that little diary of yours! I’ve never
even knew he existed before!,’ tempik Fahry.
‘What’s there to talk about? Takde
kena mengena dengan awak pun!,’ suara Dhiya juga meninggi kerana dia geram
dengan perangai Fahry yang menempiknya tadi.
‘Isteri aku tengah
dilamun cinta dengan jantan lain and that’s
takde kena mengena dengan aku? I’m your
husband Dhiya! And you are my rightfull wedded wife,’ habis terbalik coffee table yang berada di
tengah-tengah ruang tamu itu. Terkejut Dhiya dengan tindakan Fahry itu.
Cepat-cepat Dhiya menarik tangan Fahry dan tunduk menyalami tangan itu.
best nak lagi.
ReplyDeletethanks baby mio...sentiasa setia utk tinggalkan jejak di blog butterfly ni :)
ReplyDeleteBaran Fahry smpai coffee table terbalik...sabo jerlah dhiyaa.. Good..
ReplyDeletejeles punya pasal....
ReplyDelete