Salam dan Hai untuk semua readers!!! Thanks a lot sebab sudi singgah ke blog Butterfly, terbang tinggi ni :) So sorry sebab last post hari tu, saya just letak THDC, terlupa nak letak tajuk penuh :') dusssshhhhhh.... Tiga Hati Dua Cinta! Itulah nama e-novel ni. Tak nak merepek panjang-panjang lagi, so sila enjoy THDC#2 dan sudi2kanlah tinggal komen dan jejak anda di sini ye :)
***************************************************************************
#Menikahi orang yang kita cintai adalah satu kemungkinan, namun mencintai orang yang kita nikahi adalah satu kewajipan ~ Anonymous#
Fahry bergegas datang ke kondominium yang diduduki oleh Dhiya apabila
mendapat panggilan telefon daripada neneknya yang ingin datang melawat dan
tinggal bersama-sama Fahry dan Dhiya buat sementara waktu. Apabila sampai,
didapatinya kondo tersebut kosong menandakan yang Dhiya masih lagi belum pulang
dari kerja. Entah angin apa yang merasuknya, tiba-tiba dia seolah-olah ditarik
untuk masuk ke bilik Dhiya. Perlahan-lahan dia memulas tombol dan nasibnya baik
kerana pintu tersebut tidak berkunci. Tanpa ada sebarang niat dan rasa
bersalah, Fahry masuk dan memerhatikan keadaan bilik tidur tersebut. Matanya
kemudian terarah ke buku kecil berwarna ungu yang kelihatan agak usang dan
sedikit ‘girlish’ di atas meja solek.
Fahry tersenyum apabila mendapati yang buku kecil tersebut rupa-rupanya
adalah diari Dhiya. Dibelek-beleknya diari tersebut dan sekeping foto yang
memaparkan seorang budak perempuan dan budak lelaki jatuh ke lantai. Lantas
dikutipnya dan ketika itulah dia menyedari ayat ‘you had me at hello’ tertera
di belakang foto tersebut. Tanpa mengesyaki apa-apa, diamatinya gambar
tersebut.
Foto tersebut memaparkan seorang budak perempuan melayu dan budak lelaki
cina dalam usia belasan tahun sedang tersenyum memandang kamera. Kedua-duanya
berpakaian sekolah. Seorang berbaju kurung dengan kain biru muda dan yang
lelakinya berkemeja lengan panjang dan berseluar panjang berwarna hijau.
Walaupun kedua-duanya hanya berdiri tegak dan berdiri agak jauh di antara satu
sama lain namun ada sesuatu yang dapat dilihat di situ. Mereka nampak mesra dan
seolah-olah kedua-duanya sedang dilamun cinta.
Eh, ni Dhiya..tapi siapa pulak mamat cina ni? Getus hati Fahry. Tanpa
membuang masa, Fahry terus duduk di birai katil dan mula membaca diari Dhiya.
Di helaian pertama tertera perkataan Taiping, 1998.
Muka Fahry yang mulanya tenang mula berkocak apabila helaian demi helaian
dibaca. Usai sahaja habis membaca diari tersebut, foto yang tertera ayat ‘you
had me at hello’ itu direnyuknya sekuat hati. Sebaris nama yang memenuhi diari
tersebut memang betul-betul mencabar keegoan Fahry.
‘Ken..er..Ken,’ ujar Dhiya gagap. Lamunan Fahry terhenti apabila
terdengar suara Dhiya. Ken! Mendengar nama itu pun sudah cukup untuk menaikkan
rasa marah di dalam diri Fahry.
‘Ken..Ken apa? Yang kau tergagap-gagap ni kenapa hah?,’ serentak dengan
itu, diari kecil berwarna ungu itu dibaling ke arah Dhiya. Sememangnya, kecil
sahaja Dhiya di dalam pandangan mata Fahry sekarang ini.
‘aduh..,’ terjerit kecil Dhiya apabila diari yang dibaling oleh Fahry
terkena dahinya. Namun, rasa pedih di dahinya itu hilang begitu sahaja tatkala
menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan diarinya. Kelam kabut Dhiya
mengutip diarinya dan mencari ‘sesuatu’ di antara helaian diarinya. Muka Dhiya
pucat lesi apabila tidak jumpa dengan benda yang dicarinya. Tanpa mempedulikan
Fahry, Dhiya bergerak mencari ‘sesuatu’ di lantai pula.
“Kau cari apa? Cari benda alah ni?,’ keras sahaja bunyi nada Fahry sambil
melayangkan foto yang telah renyuk itu.
Dhiya mendongak memandang Fahry dan apabila dilihatnya foto tersebut,
tanpa sedar dia mengukirkan senyuman dan bangun mendapatkan Fahry. Belum sempat
dia sampai ke tempat Fahry berdiri, Fahry terlebih dahulu bertindak mengoyak
foto tersebut. Kaget dengan tindakan Fahry, Dhiya bergegas berlari untuk
menghalang.
‘Apa yang awak buat ni? Janganlah..tolonglah..jangan koyak foto ni,’ rayu
Dhiya sambil cuba menghalang Fahry. Mendengarkan rayuan Dhiya itu lebih
membuatkan Fahry naik hantu. Habis dikoyak lumat foto tersebut dan kemudian
dilemparnya cebisan-cebisan gambar itu ke muka Dhiya.
Dhiya terkesima dengan tindakan Fahry. Sungguh dia tidak menyangka yang
Fahry akan bertindak sejauh itu. Lantas dipukulnya dada Fahry berulang kali
sambil mengalirkan airmata.
Berang dengan tindakan tersebut, Fahry cepat-cepat memegang kejap
kedua-dua pergelangan tangan Dhiya dan berkata, ‘Eh perempuan..kau tu isteri
aku..isteri aku tahu tak! Yang kau nak menangis disebabkan jantan lain ni
kenapa hah? Walaupun perkahwinan kita ni hanya atas kertas, tak bermaksud kau
boleh pijak maruah aku sebagai suami dengan menangis mengenangkan jantan lain!
Usai melampiaskan perasaan marahnya, Fahry melepaskan pergelangan tangan
Dhiya dan bergerak ke arah pintu. ‘Sebelum aku lupa, lusa family aku nak datang
tidur sini..kau buatlah apa-apa benda yang patut. Jangan sampai dorang tahu
keadaan kita macam ni,’ perlahan sahaja suara Fahry namun masih boleh ditangkap
oleh Dhiya. Fahry memandang Dhiya buat seketika sebelum keluar dari kondo
tersebut.
Gedegang, bunyi pintu dihempas dan Dhiya juga turut longlai jatuh ke
lantai. Jari-jemarinya mengutip satu persatu cebisan gambarnya dengan Ken dan
saat itu juga memori Dhiya dengan Ken kembali di ingatan.
‘Ken!,’ ujar Dhiya sambil melepaskan satu keluhan yang berat.
thanks a lot baby mio! :) rajin-rajinlah singgah blog ni lagi ye..
ReplyDeleteGood ... Fahry jeles ekk..
ReplyDeletesiapa tak sayang bini oiii..... :p
ReplyDelete