‘I’m so sorry! I’m so sorry..i shouldn’t yell back at you..please Fahry,
please..ask me anything..anything and I’ll answer it truthfully..please..,’
tergigil-gigil Dhiya menahan rasa takut. Kesal dengan diri sendiri, patutnya
api perlu disiram dengan air, bukannya disimbah dengan minyak!
Fahry menarik
tangannya dan meraup wajahnya. Berkali-kali dia beristighfar untuk menenangkan
diri.
‘Fine, now tell me everything there is to know about Ken and I want
truth, nothing but the truth!,’ tegas Fahry dan Dhiya lantas menganggukkan
kepalanya.
Dalam takut-takut,
Dhiya mula menceritakan mengenai detik perkenalan dia dengan Ken. Belum sampai
suku pun dia bercerita, Fahry terlebih dahulu memotong , ‘Aku tak mahu dengar
lagi pasal macam mana kau boleh suka dengan dia..geli geleman tahu! Baca diari
kau tu pun dah cukup buat tekak aku
meloya..yang aku nak tahu, berapa lama kau kenal dia, berapa lama kau bercinta
dengan dia..pendek kata apa yang takde
dalam diari kau tu!,’
Naik geram Dhiya
mendengar kata-kata Fahry itu. Digetapnya bibir dan dijulingkan matanya ke
atas, ‘Sabar ajelah. Tadi nak tau everything
there is to know, sekarang nak tau
benda lain pulak..berubah-ubah betul statement
mamat dingin beku ni lah!,
Dhiya menceritakan
secara ringkas bagaimana hubungan teman tapi mesra di antara dia dan Ken berakhir
apabila lelaki itu tamat tingkatan 5. Ken menghilang begitu sahaja. Tiada surat
dan tiada langsung khabar berita yang dikirimkan oleh Ken.
Sengaja Dhiya
menggunakan ayat ‘teman tapi mesra’ itu kerana dia sendiri tidak tahu perkataan
apa yang sesuai untuk menggambarkan perhubungan di antara dia dan Ken pada
waktu itu. Tidak pernah sekali pun Ken meluahkan perasaan kepadanya. Mereka
tidak seperti pasangan bercinta yang lain, berdating di cashier market, berjalan-jalan di Supermarket Taiping Jaya,
berbalas surat cinta.
Pertemuan mereka hanya terhad di dalam bas
sekolah 707, sewaktu pergi dan balik sekolah. Perbualan mereka lebih kepada
hal-hal persekolahan dan peperiksaan, cinta mereka tidak diluahkan tetapi
dirasai. Rasa yang sudah cukup untuk mereka mengerti isi hati masing-masing
tanpa perlu luahan kata-kata cinta.
‘Teman tapi mesra?
Berapa lama hubungan teman tapi mesra kau ni?,’
soal Fahry sinis. ‘Teman tapi mesra? Itu cinta monyet namanya!,’ sambung Fahry
dalam hati.
‘2 tahun,’
‘Urm..gambar dalam foto
tu diambil masa umur korang berapa?,’
‘16 tahun dan umur Ken
17 tahun,’ jawab Dhiya perlahan.
Fahry tergelak kecil,
‘Umur 16 tahun dah pandai bercinta..muka pun comot lagi dah pandai berteman
tapi mesra..,’ bersahaja Fahry memerli Dhiya.
‘Kau pasti yang
hubungan kau dengan lelaki yang tak bersunat tu sekadar cinta monyet? Tak lebih
dari itu?,
‘Hurmm…,’ lemah sahaja
jawapan dari Dhiya.
‘Kau masih berjumpa
dengan dia lagi? Tahu dimana dia sekarang?,’ soal Fahry sambil matanya tajam
merenung ke dalam sepasang mata milik Dhiya. Pantas Dhiya mengelengkan
kepalanya. Sungguh, dia memang tidak tahu di mana Ken berada sekarang ini.
Dibiarkan saja Fahry
merenung ke dalam matanya kerana dia sendiri sedang meneka perasaan sebenar
Fahry. Masih marahkah atau sudah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
Tiada jawapan yang diperolehinya dan hatinya pula menegah niatnya untuk
berterus terang mengenai hubungannya dengan Ken.
Dhiya sekadar
mempamerkan wajah poker face kerana
bimbang Fahry akan mengamuk lagi sekiranya dia memberikan sebarang ekspresi
muka. Kenangan bersama Ken pada waktu itu sangat mengusik jiwa, sebab itulah
hanya foto dan diari ungu itu sahaja yang masih dalam simpanan Dhiya. Masih
belum ada kekuatan untuk menghapuskannya sedangkan kenangan yang lain sudah pun
ditinggalkan jauh di land down under!
Dhiya menarik nafas
lega apabila melihat Fahry sudah pun bangun dan mula bergerak menuju ke bilik.
‘ Fahry, maafkan saya..masih banyak lagi yang belum saya ceritakan. Bukan
kerana ingin menjaga hati awak tetapi lebih kepada menjaga hati saya sendiri!’
bisik Dhiya di dalam hati. Seolah-olah dapat mendengar bisikan hati tersebut,
Fahry tiba-tiba berpaling memandang Dhiya.
Fahry hanya mengangkat
kening sahaja apabila pandangan matanya dan Dhiya bertaut. Dia cuba untuk
mencari kejujuran di mata Dhiya namun sukar untuk dia membaca dan menilai
reaksi Dhiya ketika itu.
‘Dhiya, hubungan kau
dengan Ken lebih dari itu. Ken is someone
that got a special place in your heart otherwise you won’t keep that diary and
that picture for 14 years!’ Perlahan-lahan Fahry berpaling dan bergerak
menuju ke bilik namun dapat dirasakan yang hatinya bagaikan dihiris belati
tajam. Rasa sakit yang teramat. Rasa yang wujud sejak hari pertama mereka
diijabkabulkan. Rasa yang wujud apabila melihat wajah ceria Dhiya apabila
menerima jambangan bunga Tulip daripada lelaki cina itu sewaktu konvokesyennya
dahulu. Kesakitan yang tiada bandingannya setiap kali teringatkan saat di mana
Dhiya berlari meninggalkan dirinya demi untuk mendapatkan lelaki cina itu di
Melbourne dahulu. Memori yang sering terlintas di ruang matanya, yang amat
menyakitkan hatinya lantas membuatkan dirinya seringkali berkasar, menengking
dan menempik Dhiya.
*****
# Ada yang rindu dekat saya tak?? apa? takde? (kuciwa di situ) takpelah..anyway, i'm so sorry juga sebab dah lama tak update entry baru. Sejak dua minggu lepas, diduga dengan sakit yang bertimpa-timpa. Sprained ankle, asthma, allergy, u name it. Tapi, Alhamdulillah, makin hari semakin sembuh. Mujur juga ramai yang memahami, bayangkan dua minggu tak datang kerja, tak attend kelas etc, so sekarang adalah masa untuk catch me if you can! ops, catch up! hehehhee... sebagai ganti, this week, Insya Allah, saya akan up 2 entry lagi and maybe..just maybe, an entry tentang KEN. Asyik dengar nama dia, tapi tak pernah jumpa dia lagi kan??? :p
MESTI LA ADA.
ReplyDelete(^o^)/
ReplyDeletehurmm... tertarik gubahan cerita awak..teruskan ...menanti bab seterusnya...
ReplyDeletethanks... rajin-rajin la lawat blog ni ye :)
ReplyDelete