tulisan dari jiwa

tulisan dari jiwa

Wednesday 9 April 2014

THDC #5



Dhiya melangkah perlahan masuk ke dalam bilik. Dilihatnya Fahry sudah pun merehatkan diri di atas katil. Ruang di dalam bilik tidur utama itu sudah pun gelap, hanya diterangi dengan cahaya dari lampu meja yang terletak di sebelah kiri dan kanan katil. Sudah maklum sangat kenapa kedua-dua lampu meja itu terpasang. Fahry tidak boleh tidur di dalam gelap! Perkara yang dipelajarinya dengan tempikan dan herdikan dari Fahry pada malam pertama mereka diijabkabulkan.
‘Hoi perempuan!,’ tempik Fahry sambil tangannya menolak kasar tubuh yang berbaring di sebelahnya.
Dhiya yang terkejut dengan tempikan tersebut terus melompat bangun. Dia mengambil masa beberapa minit juga untuk menenangkan diri. Sungguh dia terperanjat ditempik begitu dan apabila terjaga, didapati yang dirinya berada di ruang yang tidak dikenalinya. Seketika kemudian barulah dia menyedari yang dia kini sedang berada di dalam bilik di kondominium suaminya, Aydin Fahry.
Beberapa kali Dhiya beristighfar dan kemudian barulah dia menyedari kelibat Fahry yang sudah pun bercekak pinggang memandangnya.
‘Oi perempuan! Sapa suruh kau memandai-mandai tutup lampu hah?!,’ sergah Fahry dengan muka yang menyinga.
‘Awak sendiri yang tutup kan? Masa saya masuk tadi, lampu memang dah terpadam okey!,’ ujar Dhiya sedikit keras. Geram betul hatinya apabila tidurnya diganggu.
‘Bila masa pulak aku tutup lampu meja ni? Dah buat salah tu mengaku ajelah, jangan nak tuduh aku pulak! Fyi Cik Dhiya Kamila, aku tak suka tidur dalam gelap, jadi tak mungkin aku yang tutup lampu tu,’ Fahry sudah pun menuju ke almari pakaian dan mengeluarkan dua helai comforter.
Eleh, tak suka ke atau kau takut tidur dalam gelap?,’ cebik Dhiya di dalam hati sambil menggosok-gosok matanya.
‘Nah, amik ni!,’ dicampaknya dua helai comforter itu dekat Dhiya.
Terkejut Dhiya dengan tindakan Fahry itu. Mukanya sudah pun berkerut memandang Fahry. ‘Nak buat apa dengan comforter ni?,’ tanya Dhiya lurus.
‘Nak buat apa? Kau ni bengap ke apa hah? Aku tak nak kau tidur sebelah aku atas katil ni. Jijik tau tak! Jijik!,’ herdik Fahry tanpa langsung mempedulikan perasaan Dhiya.
Membuntang mata Dhiya mendengar herdikan itu. ‘Habis tu kau ingat aku suka sangat ke tidur dekat sebelah kau?’ ujar Dhiya tidak mahu kalah. Hilang sudah kata ganti diri saya dan awak di dalam percakapannya.
‘Hurm..let me see,’ ujar Fahry sambil berpura-pura berfikir. Menyampah betul Dhiya melihat lakonan ala-ala mantap Fahry itu.
Well, masa aku buka mata tadi, aku tengok kau dah sedap tidur sebelah aku. Tanpa disuruh pulak tu. Itu bukan dah bermaksud yang kau memang suka nak tidur sebelah aku ke?,’ sinis senyuman yang dilemparkan oleh Fahry.
Terjegil biji mata Dhiya mendengar sindiran Fahry. ‘Kau jangan nak cari pasal malam-malam ni boleh tak? Aku dahlah penat ni, sehari suntuk melayan tetamu, penat! Penat tau tak!!,’ bentak Dhiya.
‘Kalau dah penat then be a dear and sleep on the floor okay?,’ Fahry sudah pun naik ke atas katil.
Apasal pulak aku kena tidur atas lantai? Kau tu lelaki, kau la yang tidur atas lantai,’ bidas Dhiya sambil mencampakkan dua helai comforter yang ada padanya ke lantai.
Tergamam Fahry melihat kelakuan Dhiya. ‘Amboi minah ni, sebelum ni lembut je, malam ni nak tunjuk taring pulak,’
‘Kau jangan nak melampau Dhiya! Aku dah suruh tidur kat bawah tu, tidur aje lah..jangan nak melawan pulak!’
‘Suruhan kau tu memudaratkan aku! Sudahlah, aku tak peduli, aku nak tidur atas katil gak! Kalau kau rasa jijik, dipersilakan turun sekarang!,’ balas Dhiya sambil tangannya menunjuk ke arah lantai. Tajam renungan yang diberikannya kepada Fahry seolah-olah mencabar Fahry untuk menurut katanya.
Terdiam Fahry seketika. Otaknya ligat memikirkan idea untuk membalas kata-kata Dhiya. Dengan mata yang sengaja dikecilkan dan senyuman yang nakal, Fahry mendekati Dhiya, ‘Fine, jom tidur sama-sama. Tapi kalau esok, kau dah tak serupa dengan diri kau sekarang..jangan salahkan aku pulak,’ bisik Fahry dengan nada yang sengaja dimanjakan.
‘Cis, tadi baru aje kau kata jijik nak tidur dengan aku. Sekarang dah tukar statement pulak? Kau ingat aku takut? Ada apa-apa nanti, aku jeritlah kuat-kuat..biar nenek dengar!,’ ugut Dhiya dengan wajah mengejek.
‘Kau nak cakap apa dengan nenek kalau dia datang? Nak cakap aku buat benda tak senonoh dekat kau sedangkan kau tu dah jadi hak aku?,’ tergelak kecil Fahry sambil mengeleng-gelengkan kepalanya perlahan.
‘Apa susah..aku cakap ajelah yang kau nak aku layan kau sedangkan aku tengah datang bulan sekarang ni! Ha..ha..ha..agak-agak, nenek bising tak dekat kau nanti?,’ dengan selamba Dhiya berkata diselangi dengan ketawa mengejek.
‘Ha..ha..ha..,’ ajuk Fahry. ‘oh please, don’t think too highly of yourself...cermin diri kau tu dulu…I wouldn’t touch you even if you are the last women on earth!,'
 ********

Dhiya mengeluh kecil. Sungguh hatinya tersagat setiap kali teringatkan kata-kata Fahry itu. Terasa kerdilnya diri apabila diperlakukan sebegitu. ‘Ah, mulut mamat dingin beku tu memang berbisa. Tak pernah nak bercakap elok-elok dengan aku, ada aje benda tak kena pada pandangan mata dia,’ detik hati kecil Dhiya.
Dhiya duduk di birai katil sambil memerhatikan Fahry yang sedang nyenyak tidur. ‘Aik, apasal nafas mamat dingin beku ni tak teratur? Takkan dalam tidur pun boleh naik marah kot? Hish, lantak kau lah. Malas aku nak ambil peduli, baik aku fikir kat mana aku nak tidur malam ni. Atas katil or atas lantai?,’ monolog Dhiya sambil mengaru-garu kepalanya yang tak gatal itu.
        Akhirnya Dhiya mengambil keputusan untuk tidur di atas lantai sahaja. Bukan mengalah tapi tak mahu cari gaduh. Cukup-cukuplah mereka berdua bergaduh hari ini. The longest conversation they ever had in their married life! Apa tidaknya, sehari selepas mereka berkahwin dan elok saja nenek pulang ke kampung, Fahry terus mengemas kain bajunya dan keluar dari kondominium tersebut. Pergi ke mana, tidak pernah Dhiya bertanya. Semenjak dari itu, bermulalah kehidupan suami isteri atas kertas mereka, Dhiya kekal tinggal di kondo manakala Fahry duduk di rumah lain. Sekali sekala, mereka berhubung menerusi telefon, itu pun sekiranya Fahry memerlukan sesuatu dari Dhiya namun perbualan mereka akan berakhir dengan tengkingan dan herdikan dari Fahry.

*****
           
 Fahry terjaga dari lenanya. Dicapai jam loceng yang terletak di atas meja disisinya. Pukul 3 pagi. Sambil mengeliat, dia mengerling ke arah sisinya. Kosong! Serta merta dia terbangun. Mana pulak Dhiya ni? Kemudian matanya menangkap sekujur tubuh yang sedang tidur di atas lantai. Perlahan-lahan dia bangun dan menghampiri tubuh tersebut.‘Yang kau tidur atas lantai ni apahal? Dulu bila aku suruh, bukan main membantah lagi..sekarang bila aku tak kisah, kau pulak yang beria nak tidur atas lantai..hish, tak faham betul!,’ rungut Fahry di dalam hati.
Perlahan-lahan tubuh Dhiya diangkat dan diletakkan di atas katil. Berhati-berhati betul pergerakan Fahry kerana dia tidak mahu tidur Dhiya terganggu. Diselimutkan Dhiya dan kemudian dia duduk sambil memerhatikan wajah Dhiya. Diperhatikan setiap inci wajah Dhiya lama. Tenang dan kadang-kadang dahinya berkerut sedikit seolah-olah bermimpikan sesuatu yang buruk. ‘Kadang-kadang tenang, muka macam takde perasaan pun ada juga..tapi tak sangka, kau menyimpan rahsia besar! Siapa Ken sebenarnya? Kekasih lama atau kau memang ada affair dengan dia?,’ monolog Fahry sambil memicit-micitkan kepalanya.


Sunday 6 April 2014

THDC #4



I’m so sorry! I’m so sorry..i shouldn’t yell back at you..please Fahry, please..ask me anything..anything and I’ll answer it truthfully..please..,’ tergigil-gigil Dhiya menahan rasa takut. Kesal dengan diri sendiri, patutnya api perlu disiram dengan air, bukannya disimbah dengan minyak!
Fahry menarik tangannya dan meraup wajahnya. Berkali-kali dia beristighfar untuk menenangkan diri.
Fine, now tell me everything there is to know about Ken and I want truth, nothing but the truth!,’ tegas Fahry dan Dhiya lantas menganggukkan kepalanya.
Dalam takut-takut, Dhiya mula menceritakan mengenai detik perkenalan dia dengan Ken. Belum sampai suku pun dia bercerita, Fahry terlebih dahulu memotong , ‘Aku tak mahu dengar lagi pasal macam mana kau boleh suka dengan dia..geli geleman tahu! Baca diari kau tu pun dah cukup buat tekak aku meloya..yang aku nak tahu, berapa lama kau kenal dia, berapa lama kau bercinta dengan dia..pendek kata apa yang takde dalam diari kau tu!,’
Naik geram Dhiya mendengar kata-kata Fahry itu. Digetapnya bibir dan dijulingkan matanya ke atas, ‘Sabar ajelah. Tadi nak tau everything there is to know, sekarang nak tau benda lain pulak..berubah-ubah betul statement mamat dingin beku ni lah!,
Dhiya menceritakan secara ringkas bagaimana hubungan teman tapi mesra di antara dia dan Ken berakhir apabila lelaki itu tamat tingkatan 5. Ken menghilang begitu sahaja. Tiada surat dan tiada langsung khabar berita yang dikirimkan oleh Ken.
Sengaja Dhiya menggunakan ayat ‘teman tapi mesra’ itu kerana dia sendiri tidak tahu perkataan apa yang sesuai untuk menggambarkan perhubungan di antara dia dan Ken pada waktu itu. Tidak pernah sekali pun Ken meluahkan perasaan kepadanya. Mereka tidak seperti pasangan bercinta yang lain, berdating di cashier market, berjalan-jalan di Supermarket Taiping Jaya, berbalas surat cinta.
 Pertemuan mereka hanya terhad di dalam bas sekolah 707, sewaktu pergi dan balik sekolah. Perbualan mereka lebih kepada hal-hal persekolahan dan peperiksaan, cinta mereka tidak diluahkan tetapi dirasai. Rasa yang sudah cukup untuk mereka mengerti isi hati masing-masing tanpa perlu luahan kata-kata cinta.
‘Teman tapi mesra? Berapa lama hubungan teman tapi mesra kau ni?,’ soal Fahry sinis. ‘Teman tapi mesra? Itu cinta monyet namanya!,’ sambung Fahry dalam hati.
‘2 tahun,’
‘Urm..gambar dalam foto tu diambil masa umur korang berapa?,’
‘16 tahun dan umur Ken 17 tahun,’ jawab Dhiya perlahan.
Fahry tergelak kecil, ‘Umur 16 tahun dah pandai bercinta..muka pun comot lagi dah pandai berteman tapi mesra..,’ bersahaja Fahry memerli Dhiya.
‘Kau pasti yang hubungan kau dengan lelaki yang tak bersunat tu sekadar cinta monyet? Tak lebih dari itu?,
‘Hurmm…,’ lemah sahaja jawapan dari Dhiya.
‘Kau masih berjumpa dengan dia lagi? Tahu dimana dia sekarang?,’ soal Fahry sambil matanya tajam merenung ke dalam sepasang mata milik Dhiya. Pantas Dhiya mengelengkan kepalanya. Sungguh, dia memang tidak tahu di mana Ken berada sekarang ini.
Dibiarkan saja Fahry merenung ke dalam matanya kerana dia sendiri sedang meneka perasaan sebenar Fahry. Masih marahkah atau sudah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Tiada jawapan yang diperolehinya dan hatinya pula menegah niatnya untuk berterus terang mengenai hubungannya dengan Ken.
Dhiya sekadar mempamerkan wajah poker face kerana bimbang Fahry akan mengamuk lagi sekiranya dia memberikan sebarang ekspresi muka. Kenangan bersama Ken pada waktu itu sangat mengusik jiwa, sebab itulah hanya foto dan diari ungu itu sahaja yang masih dalam simpanan Dhiya. Masih belum ada kekuatan untuk menghapuskannya sedangkan kenangan yang lain sudah pun ditinggalkan jauh di land down under!
Dhiya menarik nafas lega apabila melihat Fahry sudah pun bangun dan mula bergerak menuju ke bilik. ‘ Fahry, maafkan saya..masih banyak lagi yang belum saya ceritakan. Bukan kerana ingin menjaga hati awak tetapi lebih kepada menjaga hati saya sendiri!’ bisik Dhiya di dalam hati. Seolah-olah dapat mendengar bisikan hati tersebut, Fahry tiba-tiba berpaling memandang Dhiya.
Fahry hanya mengangkat kening sahaja apabila pandangan matanya dan Dhiya bertaut. Dia cuba untuk mencari kejujuran di mata Dhiya namun sukar untuk dia membaca dan menilai reaksi Dhiya ketika itu.
‘Dhiya, hubungan kau dengan Ken lebih dari itu. Ken is someone that got a special place in your heart otherwise you won’t keep that diary and that picture for 14 years!’ Perlahan-lahan Fahry berpaling dan bergerak menuju ke bilik namun dapat dirasakan yang hatinya bagaikan dihiris belati tajam. Rasa sakit yang teramat. Rasa yang wujud sejak hari pertama mereka diijabkabulkan. Rasa yang wujud apabila melihat wajah ceria Dhiya apabila menerima jambangan bunga Tulip daripada lelaki cina itu sewaktu konvokesyennya dahulu. Kesakitan yang tiada bandingannya setiap kali teringatkan saat di mana Dhiya berlari meninggalkan dirinya demi untuk mendapatkan lelaki cina itu di Melbourne dahulu. Memori yang sering terlintas di ruang matanya, yang amat menyakitkan hatinya lantas membuatkan dirinya seringkali berkasar, menengking dan menempik Dhiya.
*****

# Ada yang rindu dekat saya tak?? apa? takde? (kuciwa di situ) takpelah..anyway, i'm so sorry juga sebab dah lama tak update entry baru. Sejak dua minggu lepas, diduga dengan sakit yang bertimpa-timpa. Sprained ankle, asthma, allergy, u name it. Tapi, Alhamdulillah, makin hari semakin sembuh. Mujur juga ramai yang memahami, bayangkan dua minggu tak datang kerja, tak attend kelas etc, so sekarang adalah masa untuk catch me if you can! ops, catch up! hehehhee... sebagai ganti, this week, Insya Allah, saya akan up 2 entry lagi and maybe..just maybe, an entry tentang KEN. Asyik dengar nama dia, tapi tak pernah jumpa dia lagi kan??? :p