tulisan dari jiwa

tulisan dari jiwa

Thursday 6 April 2017

HELLO :)

Assalamualaikum dan Hello untuk semua :)

Pertama sekali, mohon jutaan maaf kepada readers semua (erm...masih ada lagi ke? harapnya ada lah ya) kerana lama sangat menyepikan diri... last post tahun 2014 dan sekarang ni dah tahun 2017! Bayangkan berapa lama sangat bertapa dalam gua ni...ha...blog pun dah berhabuk dan usang sesangat dah nih!

Dari segi peribadi, banyak sangat benda yang berlaku. Ada yang happy dan ada yang duka lara, hahaha... dari segi dunia penulisan? Ha, saya masih lagi tak keluarkan novel baru... mood ke laut dan idea stuck dari tahun 2014 lagi...dah banyak mss asyik scrap, letak tepi, tulis baru, idea hilang, letak tepi..ha, lebih kurang macam tu la kisahnya.. tapi, a big TAPI here, saya ada keluarkan cerpen baru! Yay!!!

Tajuk cerpen tu Serendipity dan dimuatkan dalam Antologi Cerpen Helo - Terbitan JS Adiwarna. Ada sambungan kisah Fahry kat situ :)






 Jadinya, kalau sudi, silalah dapatkan ya! Antologi cerpen ni dah ada kat pasaran sejak bulan Oktober tahun lepas..

p/s: Kalau ada yang hantar email pada saya tu, again, saya minta maaf ya, terlupa langsung passwordnya :') Kalau masih sudi untuk berbual dengan saya menerusi email, boleh hantar ke aria.chrysalis@gmail.com 

Till we meet again, dan doakan agar semangat saya untuk aktif semula menulis blog ni berkekalan sampai bila-bila!

/(^o^)/
Chrysalis    

Thursday 7 August 2014

Teaser

Salam Lebaran untuk semua!
Saya just nak inform yang THDC kini dah pun boleh dibeli menerusi laman web JS dan saya perasan yang ada juga penjual novel yang dah start jual THDC. 
Silalah dapatkannya ye dan jangan lupa untuk bagi review tau! 
Harapan saya anda semua terhibur dan juga dapat ambil sebarang ilmu yang ada secara tersurat mahu pun tersirat dalam THDC.

Oh ya! Teaser! 
Saya plan nak upload 6 teaser tapi semuanya tu saya akan upload dalam fb! Sebabnya, saya berada di luar kawasana sekarang ni, laptop pulak buat hal dan the only internet connection yang ada adalah pada hp saya saja. (Ni pun gigih menaip blog thru hp, berpinar juga dan entahla macam mana la setting tulisannya nnti... :')

Dekat fb dah ada 3 teaser, tak termasuk yang JS letakkan dalam page dorang. So, add sayabdekat fb ye! :-D

Friday 11 July 2014

Tiga Hati Dua Cinta - Latest info!

Assalamualaikum dan Hello semua (^o^)/

Nak inform yang THDC akan diterbitkan pada bulan Ogos ini! Pesanan online akan dibuka oleh pihak Jemari Seni bermula  4 Ogos 2014. Jangan lupa dapatkan ye ;) 



Penulis: Chrysalis
ISBN: 978-967-0508-86-3
Harga: RM25.00 (Sem. Malaysia) / RM28.00 (
Sabah/Sarawak)
Pesanan Online:
 mulai 4 Ogos 2014



Lepas ni, saya cuma akan upload teaser aje :) dan juga gambar Brother yang saya janji nak masukkan dia dalam THDC ni :)


p/s : Kalau visitor blog ni cecah 5000 hits, saya akan up satu entry :)

Jadi, rajin-rajinlah singgah ke blog Butterlfy, terbang tinggi ini ye! 

Sinopsis Tiga Hati Dua Cinta



Pada Dhiya cinta tidak perlu diluahkan, cukup sekadar dirasai. Cinta pertama menggamit memori namun cinta terakhir menusuk sanubari. Fahry pula merasakan yang cinta pertama adalah segalanya. Tak mungkin cinta kedua, ketiga mahu pun yang terakhir dapat menandingi kekuatan cinta pertama. Ken pula percaya bahawa cinta is to let go! Andai cinta itu kembali, maka ianya akan kekal menjadi milik kita selamanya.


Dhiya dan Ken : Kota Warisan, Taiping, Perak menjadi saksi kepada permulaan kisah cinta yang tidak diluahkan. Cinta yang dirasai namun cinta itu juga tidak mempunyai nama dan tiada kesudahan! Namun, pertemuan mereka sepuluh tahun kemudian di City of Arts, Melbourne, Australia menyemai kembali rasa cinta yang rupanya tidak pernah padam dan hilang dari hati masing-masing.



* pic credit to google image / owner *

-Awak kembali pada saya, cinta pertama awak- Ken

-Tidak, saya datang untuk memulangkannya..kerana saya ingin meraih cinta   terakhir saya- Dhiya


* pic credit to google image / owner *


Dhiya dan Fahry : Kerana janji, mereka diijabkabulkan. Fahry membantah dan kemudian menerima atas dasar sayang yang mula wujud di hatinya sedangkan Dhiya, menurut hanya kerana jambangan bunga Baby’s Breath! Fahry merasakan yang dirinya adalah mangsa keadaan sedangkan Dhiya mampu merubah janji yang terpateri kerana dia mempunyai pilihan. Diari kecil berwarna ungu yang menyimpan kisah cinta pertama Dhiya memarakkan api cemburu di hati Fahry.


* pic credit to google image / icc boutique event *


-Kau bukan tulang rusuk aku yang dah hilang-Fahry

-Tulang rusuk dan pemiliknya tidak akan pernah tertukar-Dhiya

-Jika takdir menulis jodoh kita dengannya, biar seribu satu halangan yang datang, kita akan tetap bersamanya-Ken


Cinta pertama itu kenangan. Seringkali menyakitkan namun sukar untuk dilupakan. Dan, apabila tiga hati bercinta, akan ada dua hati terluka, dan satu hati memendam rasa.


p/s : rupanya sinopsis ni tak di'publish', sebaliknya tersimpan dalam draf :')

Monday 30 June 2014

kulit muka hadapan THDC (^o^)/

Assalamualaikum semua!

First and foremost, selamat menjalani ibadah berpuasa dan moga ramadhan kali ini membawa seribu rahmat kepada kita semua :)

Pretty excited hari ni sebab pihak publisher, Jemari Seni baru aje hantar cover depan novel Tiga Hati Dua Cinta! dan dengan itu juga, segala mak nenek kerja yang ada depan mata ni terus ditolak tepi...hahahhaha 

Nak tengok tak? Frankly, saya sangat-sangat happy dengan cover ni :) dan hopefully korang-korang semua pun sama juga ye :)

Nak tengok ke? 



Nak?





Nak?





Tadaaaa....




tak tahu nak cakap apa selain Alhamdulillah :)


 

Thursday 26 June 2014

KEN


Assalamualaikum dan selamat petang semua!

For those yang nak tahu dan kenal Ken...sila la klik link dekat bawah ni ye. Ada tentang Ken dan kali pertama dia dan Dhiya berjumpa :p

Entry ni memang tak masuk dalam blog, sebab saya nak kenalkan anda semua pada Fahry dulu..jatuh suka dengan Fahry dulu sebelum anda jatuh suka dengan Ken...ngeh ngeh ngeh..




Dan
.
.
.
.
di bawah ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.

teaser tentang Ken pada tahun 2010
.
.
.
.
.
.
.
.


‘Dan bayangnya masih terbayang-bayang di mata aku ni...biarlah aku hargai bayang-bayang dia tu...selagi aku masih nampak...aku nak hargainya...sebab lepas ni..,’
Ken menahan getar di suara. ‘Aku hanya boleh tengok dan rasa Dhiya di sini sahaja,’ jari telunjuknya menekan dada kiri berulang-kali.