Pada Dhiya
cinta tidak perlu diluahkan, cukup sekadar dirasai. Cinta pertama menggamit
memori namun cinta terakhir menusuk sanubari. Fahry pula merasakan yang cinta
pertama adalah segalanya. Tak mungkin cinta kedua, ketiga mahu pun yang
terakhir dapat menandingi kekuatan cinta pertama. Ken pula percaya bahawa cinta
is to let go! Andai cinta itu kembali, maka ianya akan kekal menjadi milik kita
selamanya.
Dhiya dan Ken : Kota
Warisan, Taiping, Perak menjadi saksi kepada permulaan kisah cinta yang tidak
diluahkan. Cinta yang dirasai namun cinta itu juga tidak mempunyai nama dan
tiada kesudahan! Namun, pertemuan mereka sepuluh tahun kemudian di City of
Arts, Melbourne, Australia menyemai kembali rasa cinta yang rupanya tidak
pernah padam dan hilang dari hati masing-masing.
* pic credit to google image / owner *
-Awak
kembali pada saya, cinta pertama awak- Ken
-Tidak,
saya datang untuk memulangkannya..kerana saya ingin meraih cinta terakhir saya- Dhiya
* pic credit to google image / owner *
Dhiya dan
Fahry : Kerana janji, mereka diijabkabulkan. Fahry membantah dan kemudian
menerima atas dasar sayang yang mula wujud di hatinya sedangkan Dhiya, menurut
hanya kerana jambangan bunga Baby’s Breath! Fahry merasakan yang dirinya adalah
mangsa keadaan sedangkan Dhiya mampu merubah janji yang terpateri kerana dia
mempunyai pilihan. Diari kecil berwarna ungu yang menyimpan kisah cinta pertama
Dhiya memarakkan api cemburu di hati Fahry.
* pic credit to google image / icc boutique event *
-Kau
bukan tulang rusuk aku yang dah hilang-Fahry
-Tulang
rusuk dan pemiliknya tidak akan pernah tertukar-Dhiya
-Jika
takdir menulis jodoh kita dengannya, biar seribu satu halangan yang datang,
kita akan tetap bersamanya-Ken
Cinta pertama itu kenangan. Seringkali menyakitkan namun sukar untuk
dilupakan. Dan, apabila tiga hati bercinta, akan ada dua hati terluka, dan satu
hati memendam rasa.
p/s : rupanya sinopsis ni tak di'publish', sebaliknya tersimpan dalam draf :')