Dhiya melangkah
perlahan masuk ke dalam bilik. Dilihatnya Fahry sudah pun merehatkan diri di
atas katil. Ruang di dalam bilik tidur utama itu sudah pun gelap, hanya
diterangi dengan cahaya dari lampu meja yang terletak di sebelah kiri dan kanan
katil. Sudah maklum sangat kenapa kedua-dua lampu meja itu terpasang. Fahry
tidak boleh tidur di dalam gelap! Perkara yang dipelajarinya dengan tempikan
dan herdikan dari Fahry pada malam pertama mereka diijabkabulkan.
‘Hoi perempuan!,’
tempik Fahry sambil tangannya menolak kasar tubuh yang berbaring di sebelahnya.
Dhiya yang terkejut
dengan tempikan tersebut terus melompat bangun. Dia mengambil masa beberapa
minit juga untuk menenangkan diri. Sungguh dia terperanjat ditempik begitu dan
apabila terjaga, didapati yang dirinya berada di ruang yang tidak dikenalinya.
Seketika kemudian barulah dia menyedari yang dia kini sedang berada di dalam
bilik di kondominium suaminya, Aydin Fahry.
Beberapa kali Dhiya
beristighfar dan kemudian barulah dia menyedari kelibat Fahry yang sudah pun
bercekak pinggang memandangnya.
‘Oi perempuan! Sapa
suruh kau memandai-mandai tutup lampu hah?!,’ sergah Fahry dengan muka yang
menyinga.
‘Awak sendiri yang
tutup kan? Masa saya masuk tadi, lampu memang dah terpadam okey!,’ ujar Dhiya
sedikit keras. Geram betul hatinya apabila tidurnya diganggu.
‘Bila masa pulak aku
tutup lampu meja ni? Dah buat salah tu mengaku ajelah, jangan nak tuduh aku pulak! Fyi Cik Dhiya Kamila, aku tak suka tidur dalam gelap, jadi tak
mungkin aku yang tutup lampu tu,’
Fahry sudah pun menuju ke almari pakaian dan mengeluarkan dua helai comforter.
‘Eleh, tak suka ke atau
kau takut tidur dalam gelap?,’ cebik Dhiya di dalam hati sambil menggosok-gosok
matanya.
‘Nah, amik ni!,’ dicampaknya dua helai comforter itu dekat Dhiya.
Terkejut Dhiya dengan
tindakan Fahry itu. Mukanya sudah pun berkerut memandang Fahry. ‘Nak buat apa
dengan comforter ni?,’ tanya Dhiya lurus.
‘Nak buat apa? Kau ni bengap ke apa hah? Aku tak nak
kau tidur sebelah aku atas katil ni.
Jijik tau tak! Jijik!,’ herdik Fahry tanpa langsung mempedulikan perasaan
Dhiya.
Membuntang mata Dhiya
mendengar herdikan itu. ‘Habis tu kau
ingat aku suka sangat ke tidur dekat sebelah kau?’ ujar Dhiya tidak mahu kalah.
Hilang sudah kata ganti diri saya dan awak di dalam percakapannya.
‘Hurm..let me see,’ ujar Fahry sambil
berpura-pura berfikir. Menyampah betul Dhiya melihat lakonan ala-ala mantap
Fahry itu.
‘Well, masa aku buka mata tadi, aku tengok kau dah sedap tidur
sebelah aku. Tanpa disuruh pulak tu.
Itu bukan dah bermaksud yang kau memang suka nak tidur sebelah aku ke?,’ sinis senyuman yang dilemparkan
oleh Fahry.
Terjegil biji mata
Dhiya mendengar sindiran Fahry. ‘Kau jangan nak cari pasal malam-malam ni boleh tak? Aku dahlah penat ni, sehari suntuk melayan tetamu, penat!
Penat tau tak!!,’ bentak Dhiya.
‘Kalau dah penat then be a dear and sleep on the floor okay?,’
Fahry sudah pun naik ke atas katil.
‘Apasal pulak aku kena tidur atas lantai? Kau tu lelaki, kau la yang
tidur atas lantai,’ bidas Dhiya sambil mencampakkan dua helai comforter yang ada padanya ke lantai.
Tergamam Fahry melihat
kelakuan Dhiya. ‘Amboi minah ni,
sebelum ni lembut je, malam ni nak tunjuk
taring pulak,’
‘Kau jangan nak
melampau Dhiya! Aku dah suruh tidur kat bawah tu, tidur aje lah..jangan
nak melawan pulak!’
‘Suruhan kau tu memudaratkan aku! Sudahlah, aku tak
peduli, aku nak tidur atas katil gak!
Kalau kau rasa jijik, dipersilakan turun sekarang!,’ balas Dhiya sambil
tangannya menunjuk ke arah lantai. Tajam renungan yang diberikannya kepada
Fahry seolah-olah mencabar Fahry untuk menurut katanya.
Terdiam Fahry
seketika. Otaknya ligat memikirkan idea untuk membalas kata-kata Dhiya. Dengan
mata yang sengaja dikecilkan dan senyuman yang nakal, Fahry mendekati Dhiya, ‘Fine, jom tidur sama-sama. Tapi kalau
esok, kau dah tak serupa dengan diri kau sekarang..jangan salahkan aku pulak,’
bisik Fahry dengan nada yang sengaja dimanjakan.
‘Cis, tadi baru aje kau kata jijik nak tidur dengan aku.
Sekarang dah tukar statement pulak?
Kau ingat aku takut? Ada apa-apa nanti, aku jeritlah kuat-kuat..biar nenek
dengar!,’ ugut Dhiya dengan wajah mengejek.
‘Kau nak cakap apa
dengan nenek kalau dia datang? Nak cakap aku buat benda tak senonoh dekat kau
sedangkan kau tu dah jadi hak aku?,’
tergelak kecil Fahry sambil mengeleng-gelengkan kepalanya perlahan.
‘Apa susah..aku cakap ajelah yang kau nak aku layan kau
sedangkan aku tengah datang bulan sekarang ni!
Ha..ha..ha..agak-agak, nenek bising tak dekat kau nanti?,’ dengan selamba Dhiya
berkata diselangi dengan ketawa mengejek.
‘Ha..ha..ha..,’ ajuk
Fahry. ‘oh please, don’t think too highly
of yourself...cermin diri kau tu dulu…I
wouldn’t touch you even if you are the last women on earth!,'
********
Dhiya mengeluh kecil.
Sungguh hatinya tersagat setiap kali teringatkan kata-kata Fahry itu. Terasa
kerdilnya diri apabila diperlakukan sebegitu. ‘Ah, mulut mamat dingin beku tu memang berbisa. Tak pernah nak
bercakap elok-elok dengan aku, ada aje
benda tak kena pada pandangan mata dia,’ detik hati kecil Dhiya.
Dhiya duduk di birai
katil sambil memerhatikan Fahry yang sedang nyenyak tidur. ‘Aik, apasal nafas
mamat dingin beku ni tak teratur?
Takkan dalam tidur pun boleh naik marah kot?
Hish, lantak kau lah. Malas aku nak ambil peduli, baik aku fikir kat mana aku
nak tidur malam ni. Atas katil or atas lantai?,’ monolog Dhiya sambil
mengaru-garu kepalanya yang tak gatal itu.
Akhirnya Dhiya mengambil keputusan untuk tidur
di atas lantai sahaja. Bukan mengalah tapi tak mahu cari gaduh. Cukup-cukuplah
mereka berdua bergaduh hari ini. The
longest conversation they ever had in their married life! Apa tidaknya,
sehari selepas mereka berkahwin dan elok saja nenek pulang ke kampung, Fahry
terus mengemas kain bajunya dan keluar dari kondominium tersebut. Pergi ke
mana, tidak pernah Dhiya bertanya. Semenjak dari itu, bermulalah kehidupan
suami isteri atas kertas mereka, Dhiya kekal tinggal di kondo manakala Fahry
duduk di rumah lain. Sekali sekala, mereka berhubung menerusi telefon, itu pun
sekiranya Fahry memerlukan sesuatu dari Dhiya namun perbualan mereka akan
berakhir dengan tengkingan dan herdikan dari Fahry.
*****
Fahry terjaga dari
lenanya. Dicapai jam loceng yang terletak di atas meja disisinya. Pukul 3 pagi.
Sambil mengeliat, dia mengerling ke arah sisinya. Kosong! Serta merta dia
terbangun. Mana pulak Dhiya ni? Kemudian matanya menangkap sekujur
tubuh yang sedang tidur di atas lantai. Perlahan-lahan dia bangun dan
menghampiri tubuh tersebut.‘Yang kau tidur atas lantai ni apahal? Dulu bila aku suruh, bukan main membantah lagi..sekarang
bila aku tak kisah, kau pulak yang beria nak tidur atas lantai..hish, tak faham
betul!,’ rungut Fahry di dalam hati.
Perlahan-lahan tubuh
Dhiya diangkat dan diletakkan di atas katil. Berhati-berhati betul pergerakan
Fahry kerana dia tidak mahu tidur Dhiya terganggu. Diselimutkan Dhiya dan
kemudian dia duduk sambil memerhatikan wajah Dhiya. Diperhatikan setiap inci
wajah Dhiya lama. Tenang dan kadang-kadang dahinya berkerut sedikit seolah-olah
bermimpikan sesuatu yang buruk. ‘Kadang-kadang tenang, muka macam takde perasaan pun ada juga..tapi tak
sangka, kau menyimpan rahsia besar! Siapa Ken sebenarnya? Kekasih lama atau kau
memang ada affair dengan dia?,’
monolog Fahry sambil memicit-micitkan kepalanya.