tulisan dari jiwa

tulisan dari jiwa

Friday 11 July 2014

Tiga Hati Dua Cinta - Latest info!

Assalamualaikum dan Hello semua (^o^)/

Nak inform yang THDC akan diterbitkan pada bulan Ogos ini! Pesanan online akan dibuka oleh pihak Jemari Seni bermula  4 Ogos 2014. Jangan lupa dapatkan ye ;) 



Penulis: Chrysalis
ISBN: 978-967-0508-86-3
Harga: RM25.00 (Sem. Malaysia) / RM28.00 (
Sabah/Sarawak)
Pesanan Online:
 mulai 4 Ogos 2014



Lepas ni, saya cuma akan upload teaser aje :) dan juga gambar Brother yang saya janji nak masukkan dia dalam THDC ni :)


p/s : Kalau visitor blog ni cecah 5000 hits, saya akan up satu entry :)

Jadi, rajin-rajinlah singgah ke blog Butterlfy, terbang tinggi ini ye! 

Sinopsis Tiga Hati Dua Cinta



Pada Dhiya cinta tidak perlu diluahkan, cukup sekadar dirasai. Cinta pertama menggamit memori namun cinta terakhir menusuk sanubari. Fahry pula merasakan yang cinta pertama adalah segalanya. Tak mungkin cinta kedua, ketiga mahu pun yang terakhir dapat menandingi kekuatan cinta pertama. Ken pula percaya bahawa cinta is to let go! Andai cinta itu kembali, maka ianya akan kekal menjadi milik kita selamanya.


Dhiya dan Ken : Kota Warisan, Taiping, Perak menjadi saksi kepada permulaan kisah cinta yang tidak diluahkan. Cinta yang dirasai namun cinta itu juga tidak mempunyai nama dan tiada kesudahan! Namun, pertemuan mereka sepuluh tahun kemudian di City of Arts, Melbourne, Australia menyemai kembali rasa cinta yang rupanya tidak pernah padam dan hilang dari hati masing-masing.



* pic credit to google image / owner *

-Awak kembali pada saya, cinta pertama awak- Ken

-Tidak, saya datang untuk memulangkannya..kerana saya ingin meraih cinta   terakhir saya- Dhiya


* pic credit to google image / owner *


Dhiya dan Fahry : Kerana janji, mereka diijabkabulkan. Fahry membantah dan kemudian menerima atas dasar sayang yang mula wujud di hatinya sedangkan Dhiya, menurut hanya kerana jambangan bunga Baby’s Breath! Fahry merasakan yang dirinya adalah mangsa keadaan sedangkan Dhiya mampu merubah janji yang terpateri kerana dia mempunyai pilihan. Diari kecil berwarna ungu yang menyimpan kisah cinta pertama Dhiya memarakkan api cemburu di hati Fahry.


* pic credit to google image / icc boutique event *


-Kau bukan tulang rusuk aku yang dah hilang-Fahry

-Tulang rusuk dan pemiliknya tidak akan pernah tertukar-Dhiya

-Jika takdir menulis jodoh kita dengannya, biar seribu satu halangan yang datang, kita akan tetap bersamanya-Ken


Cinta pertama itu kenangan. Seringkali menyakitkan namun sukar untuk dilupakan. Dan, apabila tiga hati bercinta, akan ada dua hati terluka, dan satu hati memendam rasa.


p/s : rupanya sinopsis ni tak di'publish', sebaliknya tersimpan dalam draf :')