tulisan dari jiwa

tulisan dari jiwa

Saturday 22 March 2014

THDC #3



Fahry membuka pintu apartment dan terkejut apabila mendapati lampu di ruang depan masih lagi terpasang. Di ruang tamu, dilihatnya Dhiya sedang khusyuk menonton televisyen yang sedang menyiarkan filem Harry Potter.
            ‘Umur dah 29 tahun pun masih layan lagi cerita-cerita macam ni,’ cebik Fahry sambil mencampakkan kunci kereta Toyota Caldina miliknya di atas kabinet kecil yang berdekatan dengan pintu masuk. Bunyi kunci jatuh menyebabkan Dhiya terkejut dan menoleh ke arah Fahry. Apabila dilihatnya Fahry yang berdiri di situ, Dhiya lantas berpusing dan menonton tv semula.
            Fahry mengeluh kecil lalu bergerak ke ruang tamu dan melabuhkan duduknya bersebelahan dengan Dhiya. Dia mengerling ke sebelah mencari raut wajah sedih atau mata yang membengkak di wajah Dhiya, namun hampa. Wajah itu tenang dan sama seperti biasa seolah-olah tidak mempunyai sebarang permasalahan hidup. ‘Tidak terkesankah dia dengan tindakan aku mengoyak foto dan membaca diari dia siang tadi?’
‘Harry Potter lagi? Takde cerita lain ke nak tengok?,’ soal Fahry sinis namun Dhiya sekadar diam seribu bahasa.
Ni cerita yang nombor berapa ni?,’
Dhiya tetap diam.
‘Hello?? Berapa kali kau nak tengok cerita Harry Potter ni?’ Fahry memetik jarinya berkali-kali di wajah Dhiya namun tiada reaksi. Hanya mata Dhiya sahaja mengerdip beberapa kali namun mulut comel itu tetap terkunci rapat.
‘Bak sini remote tu, aku nak tukar tengok channel lain pulak..habis prinsip aku tengok cerita macam ni,’ ujar Fahry sambil mengambil remote yang terletak di atas coffee table di hadapan mereka.
‘Janganlah! Saya nak tengok cerita ni,’ tegah Dhiya sambil cuba merebut remote yang kini sudah pun berada di tangan Fahry. Fahry tersenyum kerana tindakannya itu membuatkan Dhiya membuka mulut dan bercakap dengannya.
‘Dah break the ice,’ cetus Fahry sambil mengangkat tinggi remote control tersebut jauh dari gapaian Dhiya.
Fine! Do whatever things that suits you..habis prinsip konon..mamat dingin beku macam kau aje yang ada prinsip poyo macam tu,’ ngomel Dhiya perlahan namun masih dapat didengari oleh Fahry.
Terbeliak biji mata Fahry mendengar ngomelan Dhiya itu. ‘Apa dia? Mamat dingin beku? Prinsip poyo??,’
Dhiya yang tidak menyangka Fahry mendengar ngomelannya sekadar diam menikus. ‘Mamat Dingin Beku’ itu bukannya boleh dibawa bergurau, cakap lebih-lebih karang mulalah dia naik angin tak tentu pasal.
Malas memanjangkan cerita, Dhiya terus menukar topik perbualan. ‘Awak tidur sini ke malam ni?’
‘Yup..malam ni, esok, lusa dan hari-hari berikutnya sampailah nenek balik semula ke kampung,’ ujar Fahry sambil ‘channel surfing’.
‘Oh..patutlah selori baju awak angkut datang sini,’ sambung Dhiya lagi apabila melihat yang mood Fahry nampak okey. Buat tak kisah saja bila dia mengutuk Fahry tadi.
Terangkat kening Fahry tatkala terdengar perkataan selori yang digunakan oleh Dhiya. ‘Kau jangan nak exaggerate pulak ye..3 beg je aku bawak datang sini..itu pun sebab aku takde tinggal baju kat sini dan nenek pun tak tahu nak duduk sini sampai bila,’ panjang lebar penjelasan Fahry manakala Dhiya sekadar mengangkat bahu.
‘Saya tak suruh awak explain pun..nak cover line la tu,’ ujar Dhiya sambil tersenyum sinis.
‘Suka hati aku lah. Ada menyusahkan kau ke?,’
‘Memang menyusahkan pun! Baju-baju dalam beg awak tu semua awak main campak aje kan? Nak simpan dan lipat baju-baju awak tu pun dah amik masa 2 jam tahu! Sampai naik lenguh dah tangan saya ni ha!,’ bebel Dhiya sambil memicit-micit pergelangan tangannya.
‘Jangan banyak bunyi boleh tak? Rimas aku dengan perempuan banyak bunyi ni..,’ jelingan tajam dilemparkan ke arah Dhiya.
‘Rimas konon..aku sejuta kali lagi rimas dengan kau tahu tak!’ cebik Dhiya sambil menjeling.
‘Hah! Tu cebik-cebik pastu jeling-jeling tu, mengumpat aku dalam hati la kan?,’serkap Fahry.
‘Tepat pun serkapan awak tu…baiklah, lepas ni saya tak bunyi lagi ye, saya switch diri saya ni jadi poyo dan dingin beku macam awak, okey?,’ sindir Dhiya sambil bangun dari sofa. Belum sempat dia bergerak, Fahry terlebih dahulu merentap tangannya dan menarik dia jatuh ke sofa semula.
‘Apa ni? Sakitlah,’ ujar Dhiya sambil menggosok pergelangan tangan dan membetulkan duduknya di sofa.
‘Aku pulak switch diri aku jadi cool and caring macam Ken..itu yang kau suka kan?,’ perlahan saja suara Fahry namun keras nada yang digunakan.
Dhiya melepaskan satu keluhan kecil. Ken lagi. Tak habis-habis pasal Ken. ‘Apa lagi yang tak kena ni? Kenapa isu Ken ni dibangkitkan semula?,’soal Dhiya rimas.
Pantas Fahry menggeleng-gelengkan kepalanya, ‘Dibangkitkan semula? When we ever talk about this thing huh? When? As far as I’m concerned, I’ve only knew about that bloke from that little diary of yours! I’ve never even knew he existed before!,’ tempik Fahry.
What’s there to talk about? Takde kena mengena dengan awak pun!,’ suara Dhiya juga meninggi kerana dia geram dengan perangai Fahry yang menempiknya tadi.
‘Isteri aku tengah dilamun cinta dengan jantan lain and that’s takde kena mengena dengan aku? I’m your husband Dhiya! And you are my rightfull wedded wife,’ habis terbalik coffee table yang berada di tengah-tengah ruang tamu itu. Terkejut Dhiya dengan tindakan Fahry itu. Cepat-cepat Dhiya menarik tangan Fahry dan tunduk menyalami tangan itu.

Monday 17 March 2014

Di sebalik Tiga Hati Dua Cinta

Hello!!!!!!!!

dan juga salam untuk semua :)

THDC #3 akan saya naikkan dalam minggu ni...harap sabar ye semua.

Hari ni terasa nak berkongsi rasa dan cerita di sebalik novel THDC ini. Untuk makluman semua, novel ni mula ditulis pada bulan November 2012 dan siap sepenuhnya pada bulan Mei 2013. (hahahaha....giler lama kan??) lama sebab nak cari jalan terbaik untuk ending THDC ni, dan saya ambil masa lebih kurang 3 bulan, hanya untuk tulis bab terakhir novel ni...

THDC adalah karya pertama saya yang digarap dengan penuh rasa dan sepenuh perhatian yang dapat diberikan. Kebanyakan tempat yang saya masukkan dalam THDC ni wujud, dan sekiranya adalah peluang dan ruang kawan-kawan sekalian melawat ke tempat tu (terutama sekali restaurant di mana Ken dan sahabat baiknya menjamu selera, bolehla tegur brother tu dan kata pada dia yang saya tunaikan janji saya dengan masukkan dia ke dalam THDC. Gambar brother tu, akan saya upload ke blog ni apabila sampai masanya kelak.)

Watak-watak dalam THDC ada banyak kelemahannya dan memang sengaja saya garapkan begitu kerana sebagai manusia biasa, kita ada banyak kelemahan dan kekurangan. Ada rakan saya yang mengatakan THDC berat dan ada juga yang skeptikal tidak mahu membacanya kerana terdapat 2 watak lelaki dan 1 watak perempuan. Tidak suka cinta tiga segi katanya. Tapi, saya minta agar anda semua bersabar dan teruskan pembacaan kerana kadang-kadang apa yang tersurat tidak mencerminkan apa yang tersirat :) dan mungkin juga THDC ni memang betul-betul kisah cinta tiga segi...(nampak tak? nampak tak usaha saya nak create misteri ni...hehehhehe)

#Teaser 6 baris (rasanya takkan masuk dalam blog..hahahahahaha..gelak evil di situ)

pix credit to google image / owner
 

"Er...Hello...Hello!!'
‘Hello!!,’ percubaan Dhiya kali ini berjaya. Budak tersebut membuka matanya dan memandang tepat ke mata Dhiya. Satu perasaan pelik menyelinap di dalam diri Dhiya apabila matanya bertemu dengan mata budak tersebut. Terbit satu perasaan yang Dhiya sendiri tidak tahu apa. Lama pandangan mata mereka bertaut dan Dhiya merasakan seolah-olah jarum jam berhenti berdetik pada saat itu.



(^o^)/

p/s : Mood caca marba sikit. Terjumpa sesuatu, dah dekat sangat dah, beza hanya satu perkataan tp mungkin juga ianya hanya kebetulan...great minds think alike, perhaps! :p

Sunday 9 March 2014

Tiga Hati Dua Cinta #2


Salam dan Hai untuk semua readers!!! Thanks a lot sebab sudi singgah ke blog Butterfly, terbang tinggi ni :) So sorry sebab last post hari tu, saya just letak THDC, terlupa nak letak tajuk penuh :') dusssshhhhhh.... Tiga Hati Dua Cinta! Itulah nama e-novel ni. Tak nak merepek panjang-panjang lagi, so sila enjoy THDC#2 dan sudi2kanlah tinggal komen dan jejak anda di sini ye :)

***************************************************************************

#Menikahi orang yang kita cintai adalah satu kemungkinan, namun mencintai orang yang kita nikahi adalah satu kewajipan ~ Anonymous#


Fahry bergegas datang ke kondominium yang diduduki oleh Dhiya apabila mendapat panggilan telefon daripada neneknya yang ingin datang melawat dan tinggal bersama-sama Fahry dan Dhiya buat sementara waktu. Apabila sampai, didapatinya kondo tersebut kosong menandakan yang Dhiya masih lagi belum pulang dari kerja. Entah angin apa yang merasuknya, tiba-tiba dia seolah-olah ditarik untuk masuk ke bilik Dhiya. Perlahan-lahan dia memulas tombol dan nasibnya baik kerana pintu tersebut tidak berkunci. Tanpa ada sebarang niat dan rasa bersalah, Fahry masuk dan memerhatikan keadaan bilik tidur tersebut. Matanya kemudian terarah ke buku kecil berwarna ungu yang kelihatan agak usang dan sedikit ‘girlish’ di atas meja solek.

Fahry tersenyum apabila mendapati yang buku kecil tersebut rupa-rupanya adalah diari Dhiya. Dibelek-beleknya diari tersebut dan sekeping foto yang memaparkan seorang budak perempuan dan budak lelaki jatuh ke lantai. Lantas dikutipnya dan ketika itulah dia menyedari ayat ‘you had me at hello’ tertera di belakang foto tersebut. Tanpa mengesyaki apa-apa, diamatinya gambar tersebut.

Foto tersebut memaparkan seorang budak perempuan melayu dan budak lelaki cina dalam usia belasan tahun sedang tersenyum memandang kamera. Kedua-duanya berpakaian sekolah. Seorang berbaju kurung dengan kain biru muda dan yang lelakinya berkemeja lengan panjang dan berseluar panjang berwarna hijau. Walaupun kedua-duanya hanya berdiri tegak dan berdiri agak jauh di antara satu sama lain namun ada sesuatu yang dapat dilihat di situ. Mereka nampak mesra dan seolah-olah kedua-duanya sedang dilamun cinta.
Eh, ni Dhiya..tapi siapa pulak mamat cina ni? Getus hati Fahry. Tanpa membuang masa, Fahry terus duduk di birai katil dan mula membaca diari Dhiya. Di helaian pertama tertera perkataan Taiping, 1998.

Muka Fahry yang mulanya tenang mula berkocak apabila helaian demi helaian dibaca. Usai sahaja habis membaca diari tersebut, foto yang tertera ayat ‘you had me at hello’ itu direnyuknya sekuat hati. Sebaris nama yang memenuhi diari tersebut memang betul-betul mencabar keegoan Fahry.

‘Ken..er..Ken,’ ujar Dhiya gagap. Lamunan Fahry terhenti apabila terdengar suara Dhiya. Ken! Mendengar nama itu pun sudah cukup untuk menaikkan rasa marah di dalam diri Fahry.

‘Ken..Ken apa? Yang kau tergagap-gagap ni kenapa hah?,’ serentak dengan itu, diari kecil berwarna ungu itu dibaling ke arah Dhiya. Sememangnya, kecil sahaja Dhiya di dalam pandangan mata Fahry sekarang ini.

‘aduh..,’ terjerit kecil Dhiya apabila diari yang dibaling oleh Fahry terkena dahinya. Namun, rasa pedih di dahinya itu hilang begitu sahaja tatkala menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan diarinya. Kelam kabut Dhiya mengutip diarinya dan mencari ‘sesuatu’ di antara helaian diarinya. Muka Dhiya pucat lesi apabila tidak jumpa dengan benda yang dicarinya. Tanpa mempedulikan Fahry, Dhiya bergerak mencari ‘sesuatu’ di lantai pula.

“Kau cari apa? Cari benda alah ni?,’ keras sahaja bunyi nada Fahry sambil melayangkan foto yang telah renyuk itu.

Dhiya mendongak memandang Fahry dan apabila dilihatnya foto tersebut, tanpa sedar dia mengukirkan senyuman dan bangun mendapatkan Fahry. Belum sempat dia sampai ke tempat Fahry berdiri, Fahry terlebih dahulu bertindak mengoyak foto tersebut. Kaget dengan tindakan Fahry, Dhiya bergegas berlari untuk menghalang.

‘Apa yang awak buat ni? Janganlah..tolonglah..jangan koyak foto ni,’ rayu Dhiya sambil cuba menghalang Fahry. Mendengarkan rayuan Dhiya itu lebih membuatkan Fahry naik hantu. Habis dikoyak lumat foto tersebut dan kemudian dilemparnya cebisan-cebisan gambar itu ke muka Dhiya.

Dhiya terkesima dengan tindakan Fahry. Sungguh dia tidak menyangka yang Fahry akan bertindak sejauh itu. Lantas dipukulnya dada Fahry berulang kali sambil mengalirkan airmata.

Berang dengan tindakan tersebut, Fahry cepat-cepat memegang kejap kedua-dua pergelangan tangan Dhiya dan berkata, ‘Eh perempuan..kau tu isteri aku..isteri aku tahu tak! Yang kau nak menangis disebabkan jantan lain ni kenapa hah? Walaupun perkahwinan kita ni hanya atas kertas, tak bermaksud kau boleh pijak maruah aku sebagai suami dengan menangis mengenangkan jantan lain!

Usai melampiaskan perasaan marahnya, Fahry melepaskan pergelangan tangan Dhiya dan bergerak ke arah pintu. ‘Sebelum aku lupa, lusa family aku nak datang tidur sini..kau buatlah apa-apa benda yang patut. Jangan sampai dorang tahu keadaan kita macam ni,’ perlahan sahaja suara Fahry namun masih boleh ditangkap oleh Dhiya. Fahry memandang Dhiya buat seketika sebelum keluar dari kondo tersebut.

Gedegang, bunyi pintu dihempas dan Dhiya juga turut longlai jatuh ke lantai. Jari-jemarinya mengutip satu persatu cebisan gambarnya dengan Ken dan saat itu juga memori Dhiya dengan Ken kembali di ingatan.

‘Ken!,’ ujar Dhiya sambil melepaskan satu keluhan yang berat.

Saturday 8 March 2014

#PrayforMH370

My heart goes out to the passengers, crew members, their families and friends. Let us pray and hope for the best while hearing updates on the search and rescue mission.


"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Tiada Tuhan selainMu, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dia yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganNya, kau peliharalah keselamatan dan kesejahteraan semua penumpang, juruterbang dan anak kapal yang terlibat. Kau lindungilah mereka dari sebarang keburukan, bencana dan marabahaya. Kau jauhkanlah mereka dari segala ancaman malapetaka yang zahir atau yang tersembunyi. Amin ya rabbal alamin."


#doabuatMH370 #prayforMH370 #tvalhijrah @tvalhijrahmalaysia




#heard the news around 6pm and my heart skip a beat when found out that one of the crew members is a friend's brother. Sister, my prayer and thought goes to you and your family. Stay strong!#

Thursday 6 March 2014

THDC #1



# Menikahi orang yang kita cintai adalah satu kemungkinan tetapi mencintai orang yang kita nikahi adalah satu kewajipan ~ Anonymous #

You had me at Hello??!!’ tempik Aydin Fahry apabila matanya menangkap susuk tubuh Dhiya Kamila masuk ke dalam kondominium miliknya.
Dhiya yang baru sahaja pulang dari kerja itu hanya mengeluh kecil mendengar tempikan tersebut. Sedikit pun tidak tercuit dengan tempikan yang selalu menjadi halwa telinganya semenjak empat bulan lepas.
Tanpa mempedulikan pandangan tajam dan raut muka Fahry yang merah padam itu, Dhiya dengan selamba melangkah ke kabinet kecil yang terletak berhampiran dengan pintu masuk. Usai meletakkan beg tangan dan kotak yang penuh dengan artwork, Dhiya dengan tenang memandang ke arah Fahry.
‘Apa yang awak buat dekat sini?,’ tanya Dhiya tenang tapi penuh kehairanan. Suasana tiba-tiba jadi sunyi sepi, hanya kedengaran nafas turun naik Fahry yang jelas sedang mengawal kemarahannya.
You had me at hello? You had me at hello?!!’ soal Fahry lagi. Walaupun tidak lagi menempik namun jelas ada kekerasan di dalam nada yang digunakan.
You had me at hello? Apa benda yang awak merepek ni?’ ujar Dhiya yang mula bosan dengan ‘drama sebabak’ Fahry lewat petang itu. Asal berjumpa saja, ada sahaja benda yang tidak kena pada mata Aydin Fahry. ‘Petang-petang ni awak nak berdrama apa pulak ni? Erm..you had me at hello? Eh, tu dialog dalam cerita Jerry Maguire kan? Teringin nak jadi Tom Cruise ke? Tapi sorrylah, saya tak ingin nak jadi Renee Zellweger tu,’ ujar Dhiya sinis sambil ketawa kuat-kuat.  Sebenarnya, bukan lawak sangat pun kata-kata Dhiya itu tetapi dia sengaja ketawa kerana sedar yang muka Fahry semakin merah padam. Seronok rasanya bila dapat buat si mamat dingin beku di depannya ini naik angin. ‘Ah, tak buat salah nak takut buat apa kan?’, getus hati kecil Dhiya.
‘Kalau aku yang jadinya heronya memang la kau tak ingin kan? Tapi kalau Ken yang jadi heronya, memang kecil tapak tangan, satu stadium kau tadahkan!,’ 
Ken? Usai mendengar sahaja nama tersebut, ketawa Dhiya serta merta berhenti dan peluh dingin mula membasahi dahi apabila matanya menangkap kelibat buku kecil berwarna ungu yang berada di tangan Fahry.
‘Kenapa diam? Dah sedar dah apa yang kau dah buat? Siapa Ken?!’ jerkah Fahry sambil matanya merenung tajam Dhiya yang sudah pun melarikan wajahnya ke arah lain.